Layanan UMNO Terhadap Penjenayah

Sosilawati warga tempatan dibunuh dengan dipukul bertalu-talu, selepas itu mayatnya dibakar dan dipercayai abunya dicampakkan kedalam sungai untuk menghilangkan bukti. polis masih diperingkat penyiasatan dengan tertangkap seramai 8 suspek termasuk dua wanita dan peguam yang bergelar Datuk dan adiknya. Motif pembunuhan akan terungkai bila dibicarakan nanti. 

Altantuya warga Monggolia pula diculik ditembak selepas itu mayatnya diletupkan dgn bom C4 juga dipercayai untuk melesapkan bahan bukti jua. Kes ini telah pun dibicarakan di Mahkamah Tinggi dimana 2 anggota dari Unit Tindakan Khas telah didapati bersalah tetapi motifnya masih tidak terungkai.bunuh tanpa motif. Pembunuh-pembunuh Altantuya ketika dibawa ke Mahkamah mendapat layanan paling istimewa dalam sejarah sebagai orang yang kena tuduh, dimana dibolehkan muka mereka ditutup dari pengetahuan umum.

Adakah layanan yg serupa jua akan diberikan kpd suspek-suspek kes pembunuhan Sosilawati?

No comments:

Post a Comment